Wednesday 9 April 2014

Non Muslim Haram Jejak Kaki?

Sumber : Tanyalah Ustaz, bil.6

Adakah seorang non Muslim tidak boleh menjejakkan kaki langsung ke kawasan masjid?

JAWAPAN:

Tidak salah untuk orang bukan Muslim masuk ke kawasan masjid. Bahkan pada zaman Nabi dahulu, delegasi Kristian tinggal di masjid Nabawi ketika datang berjumpa Baginda.

Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian:


  • Hendaklah orang bukan Muslim diperingatkan untuk menghormati masjid seperti menutup aurat. Oleh sebab itu, berpakaian seluar pendek dan skirt tidak dibenarkan. Jika ada pakaian khas yang disediakan oleh pihak masjid kepada pelancong, maka sewajarnya peraturan ini dihormati. 

  • Ada tujuan yang dibenarkan syara'. Kalau mereka sekadar hendak tidur, makan minum dan sebagainya, banyak lagi tempat lain yang sesuai. Antara tujuan yang dibenarkan syara' seperti menyampaikan bantuan atau perasmian majlis di masjid.

  • Tidak perlu dibawa masuk sehingga ke tempat solat. Biarlah majlis dan ucapan dibuat di kawasan masjid, bukannya di dalam masjid lebih-lebih lagi di ruang solat. Namun sekiranya ada keperluan dakwah seperti untuk mendengar ceramah agama, bertanya masalah aqidah dan sebagainya, maka boleh membenarkannya masuk ke dalam masjid.

No comments:

Post a Comment